Monday 27 April 2015

L A T E ???

Sebenarnya idok le teman nk bercerita pasal tajuk tu . atenya mcm tak de idea lambatnya . Eh tapi kira masukla juga kot . Begini kisahnya , teman ni idok le selalu PUNCTUAL .yela biasala manusia tak PERFECT ka. tapi selagi boleh elak tu kte elak la ye kawan kawan . Bukan apa , cuba fikir balik.siapa je suka menunggu . senang cite mcm ni ye teman teman , Kalau tak nak MENUNGGU , jangan DITUNGGU . fahamkan ? tak nak la direct sangat bercerita . Kadang kadang tu berlapik la juga kan kte ni .

Tapi ni la masalah kte manusia ni. Tak jujur disuruh jujur . Bila jujur alahai terasa pulak . penampiaq satgi kang haishh .Faham faham sendiri la . lagi lagi bila melibatkan assignment . kalau sekali dua boleh lagi sabar, klau dah banyak kali...hmmm maap la ye kalau ceq senyap .

DIAM ITU LEBIH BERBIASA *Noted

Sunday 26 April 2015

Pemimpin

Kalau lahirnya pemimpin yang bodoh, siapa yang kita nak salahkan ? Jangan salahkan ibu yang mengandung. Salahkan pengundi yang mengundi pemimpin yang bodoh. Pemimpin yang bodoh lahirnya daripada pengundi yang bodoh. Memilih tanpa berfikir kemampuan pemimpin yang diundi tu.

Kalau pemimpin salah gunakan kuasa dan merampas hak asasi rakyat dia, siapa yang kita nak salahkan ? Jangan salahkan ayah yang tidak mampu mengandung. Salahkan rakyat yang tidak memanfaatkan ruang awam yang telah diberikan untuk diluahkan ketidakpuasan hati yang terbuku. Sudah diberi kebebasan untuk berhimpun, tetapi tidak manfaatkan. Bila diajak berhimpun, banyak alasan yang diberikan. Jangan nak bermuram durja bila hak asasi anda di jenaka.

Jangan biarkan diri anda menjadi lembu yang dicucuk hidung.*mukaserious
 


Monday 20 April 2015

F R I E N D S H I P



"Teringat pula apabila mula-mula masuk UKM. Semuanya kelihatan baru dan amat janggal sekali untuk menyesuaikan diri di UKM. Namun, beberapa insan telah membantu diri ini untuk terus kuat melayari kehidupan di bumi UKM ini. Ibu, ayah, dan rakan-rakan menguat semangat.

Rabiatul atau dikenali sebagai 'Eby' merupakan roomateku sepanjang tiga tahun pengajian. Banyak karenah diri ini yang sanggup ditempuhi. Luahan hati, marah, sedih dan gembira dikongsi bersama.

Kemudian, aku dan rakan-rakan mewujudkan sebuah kumpulan dinamakan 'Geng Atoi'. tidak tahu bagaimana asal usul nama ini diberikan tetapi sehingga sekarang masih berhubungan dengan baik. Namun, kami berasa sedih kerana ada dua orang rakan dari 'Geng Atoi' akan bergraduasi pada tahun ini. 
Semoga ikatan persahabatan ini kian utuh selamaya. " 

K sebenarnya ni luahan one of final year student tau sir  nampak tak daebak kan . dah habis sangat idea tau nak tulis pasal apa. Tu yang suruh ka nisa ni post satu blog . bijak kan saya sir . hahahaa

Friday 17 April 2015

F A N T A SI

ONE OF MY DREAM !!!!! * jerit 

 

omgggoshhhhh memang dream betul ni . Nak
 honeymoon dekat luarnegara !
nak melancong dkt luar negara ! ! hahaha
 gila kan . berangan sangat .
 tapi betul la , iteww nak sangat honeymoon
 dkt luar negara . awk awk ,
 itew tak nak demand sangat . Tapi kalau dapat
dekat Paris pun okay juga.
 tak pun france . omgggg cepat la bawa itew !
 hahahaa
Tu tengok gambar sebelah tu . haishhhh sabar ain sabarrrr


awk awk , tengok ni !!! Bestnyaaa . sy nak
sangat . hahaha Pastu pusing pusing negara
org . Pastu shopping banyak banyak . .Aduhh
 malang siapadapat aku ni . Mampus bankrup
weh . haha habis tu kata lautan api sanggup ku
 renangi , mandi tak basah , tidur tak lena semua...
bagi la apa aku nak
. ada kisah . ala sekali sekala habiskan duit untuk org tersayang . okay?
 promise tau ? hahahah gila ain


Wednesday 15 April 2015

Easy come easy go

Cinta tu mudah datang dan pergi. Tambah-tambah cinta manusia. Sebab apa manusia sangat mudah jatuh cinta ? Sebab manusia suka berfikir menggunakan nafsu dan bukan menggunakan akal dan hati.

Allah telah titipkan rasa kasih dan cinta pada semua insan di dunia ini. Kasih dan cinta ini dititIpkan supaya dunia ini akan sentiasa dalam keadaan aman dan penuh dengan kasih sayang sesama manusia. Kemudian, Allah titipkan pula Al-quran sebagai panduan untuk mengawal dan menyalurkan rasa kasih dan cinta itu. Cuma manusia yang buta dan tidak pernah cuba untuk manfaatkan ilmu Al-quran itu untuk menjadikan cinta itu cinta yang diredhai oleh NYa.

Cinta suci yang dititipkan olehNya kini semakin dinodai, dicabul,  diperkosa oleh manusia yang rakus dibutakan dengan nafsu. Jangan mengejar cinta manusia kerana cinta manusia takkan pernah kekal. Yang kekal di dunia ini cuma kasih dan cinta dari Dia. Kejarlah cinta Dia selagi mampu.

Tulus ikhlas daripada aku , insan yang serba kekurangan .



Saturday 11 April 2015

R E A L I T Y



AWAK AWAK ..

Ye awak la . Ala , yang H I P O K R I T  sangat sangat tu .takkan lupa diri kot.tak sampai seminggu kte kenal tapi cepat betul muka bertukar .buat  
P LA S T I C  S U R G E R Y erh .lain kali jadi orang tu tak payah la kejap baik , kejap syaiton . kalau memang dari awal tak suka , terus cakap . toksah pura pura baik nak kenal kononnya tak de niat pape.

 PAST IS PAST konon .  .

AWAK AWAK ..

awak dah nak kahwin tau bulan 5 ni . cuba la kesian sikit dekat bakal husband tu . ni dok sibuk post gambar ex pasai apa. i can be your friend , yela awk masa lalu dia so tak kisah pun . tapi bukan niat awk yg kononnya nak berkawan tu tapi sebaliknya . Tak sangka kan. muka memang baik sangat sangat . sebab tu org kata dont judge a book by it's cover . Tapi nak buat lagu mana kan , dah tu reality manusia . tak gitu sir azwan ??? 
*yeayhh i know sir akan baca. hahahahahaa .

DEAR AKAK yang sangat "adik" ni homati pada awalnya , 
yang sangat adik sayangi, cintai , sanjungi 
* mana taknya .rapat gila kot mula mula. 
Rupanya ada udang selit tepi ais add aku . tak ku sangka tak ku duga . akak , pleasee sedar erh . akak dah nak jadi bini org
 dah . lupa kan je la yang lepas . lagipun ni kan pilihan akak sendiri . tak baik tau berhasad  dengki nak rosakkan hubungan orang lain . And "adik" tak kisah pun kalau kte betul betul boleh jadi kawan . But please, erase your memories .

huhhh k nak speaking cikeddd

actually i kan...  really really hate two faced people la  cause i 've to make the best decision which face i kena snap first .  

haishhh i kenot la mcm ni uolss .

Wednesday 8 April 2015

R U LE S








Last minute one of MEP KIZ called me minta jagakan booth KIZ time PESTA KONVO . 
what a shock?? k k actually tak kisah pun ..ala setakat jaga booth apedehal . yang jadi 
masalahnya THE RULES when i'd decided to wear any shirt of white
 (dah kata kena pakai baju putih kan) , tetibe pukul 1 pagi baru bagitahu kena pakai 
kemeja putih . omg ! mana nak cari . that's KIZ rules actually cause wanna the student
 do something formal . kabut la cari . sampai la hilang daya sangat minta dkt lelaki . 
of course ada kan , size pulak sama . serious muat muat mcm ceq punya je ..

k settle satu masalah .tetimbul pulak masalah baru . time ceq jaga la ada media nak nk 
melawat booth and ceq kena cerita sikit pasal KELESTARIAN KIZ . Ya Allah, tak
 terkata nervousnya .bukan sebab takut tau tapi ceq mana tau pasal lestari ni. 
eco wall bagai. dah suruh jaga booth, ceq jaga ja. mampuihhhhhh . lastly 
dapat lepaskan diri juga. yeayyyyyy sebab media habis lambat and 
shift habis suda . bahagia weh. tersenyum lebar melangkah keluar dari dalam dewan
 dengan perasaan yang ingin melompat keriangan . Kaki terus menghayun ke 
salah satu gerai makanan yang ada. bihun sup ku order tanda perut krok krok ,
protes kelaparan .hahaha

P/S RULES ! it's normal when some people hate it .terkongkong, bertanggungjawab ,
 jadi baik . TYPICAL MALAYSIAN .suka langgar peraturan . yang dikata jangan
 tu la lagi di buat . ada setengah kata adventure main langgar langgar peraturan . org kata 
HITAM , di buat PUTIH . Tapi sebenarnya peraturan la buat kte jadi lebih berDISIPLIN


T E R O B E K

LANGKAWI HERE WE GOOOOOOOOOOOOOOOO.

Bila fikir balik memang kerja gila betul la geng aku ni . cite nya mcm ni tau ... sebulan sebelum daftar UKM tetibe geng ajak pi VACAY . vacay la sangat , org tngh sibuk prepare barang , duit dok simpan nak beli mcm mcm . haishhh hahaha flight murah punya pasalkan . ikutkan je la.*murah la sangat . seratus lebih juga weh .

PENGALAMAN yang best sebenarnya. Bukan fikirkan sgt nak seronok tapi yela.... Bila sama sama dah start belajar  confirm busy dia Ya Allah Nauzubillah . Lupa anak laki kebuluran dkt rumah . tu yang pi juga tu . Duit flight, Shopping, pejam kan mata sikit time tu . haha

Now , syera dok tnya . "weh , next vacay bila? "Weh , kte pergi singapore nak." "weh , jom tngok tiket" . HAMBOIIII HAMBOIII .. maaf la ye . hhakkaakkk busy sangat . tak tau bila free untuk next vacay . kang semangat book flight kan, last minute ada hal . menangis tak dak lagu dah satgi .