Wednesday 15 April 2015

Easy come easy go

Cinta tu mudah datang dan pergi. Tambah-tambah cinta manusia. Sebab apa manusia sangat mudah jatuh cinta ? Sebab manusia suka berfikir menggunakan nafsu dan bukan menggunakan akal dan hati.

Allah telah titipkan rasa kasih dan cinta pada semua insan di dunia ini. Kasih dan cinta ini dititIpkan supaya dunia ini akan sentiasa dalam keadaan aman dan penuh dengan kasih sayang sesama manusia. Kemudian, Allah titipkan pula Al-quran sebagai panduan untuk mengawal dan menyalurkan rasa kasih dan cinta itu. Cuma manusia yang buta dan tidak pernah cuba untuk manfaatkan ilmu Al-quran itu untuk menjadikan cinta itu cinta yang diredhai oleh NYa.

Cinta suci yang dititipkan olehNya kini semakin dinodai, dicabul,  diperkosa oleh manusia yang rakus dibutakan dengan nafsu. Jangan mengejar cinta manusia kerana cinta manusia takkan pernah kekal. Yang kekal di dunia ini cuma kasih dan cinta dari Dia. Kejarlah cinta Dia selagi mampu.

Tulus ikhlas daripada aku , insan yang serba kekurangan .



No comments:

Post a Comment